Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Iran secara keras menafikan dakwaan baru Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bahawa Tehran sedang berusaha kembali ke meja rundingan dengan Washington. Menurut Tehran, perkara itu hanyalah sebuah "impian palsu yang tidak akan pernah dapat dicapai."
Jurucakap Kementerian Luar Iran, Bahram Qassemi pada hari Isnin berkata bahawa "impian Trump tidak melambangkan realiti yang wujud" ketika memberi komen berhubung kenyataan Presiden A.S yang mendakwa bahawa Iran mahu mengadakan perbincangan dengan Amerika.
"Mereka (Iran) tidak lagi beroperasi dengan lancar. Mereka mahu berdialog (dengan A.S)," kata Trump kepada wartawan di White House pada Ahad sambil mendakwa ekonomi Iran terjejas teruk akibat daripada tindakannya. -Press TV
7 Januari 2019 - 18:08
News ID: 923961
Iran secara keras menafikan dakwaan baru Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bahawa Tehran sedang berusaha kembali ke meja rundingan dengan Washington. Menurut Tehran, perkara itu hanyalah sebuah "impian palsu yang tidak akan pernah dapat dicapai."