Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Turki telah menghantar pasukan tentera tambahan ke wilayah negara tersebut yang bersempadan dengan wilayah Idlib, Syria.
Menurut laporan, Ankara kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan operasi ketenteraan baharu ke atas Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG) yang disokong oleh Amerika Syarikat selepas Presiden A.S, Donald Trump memutuskan untuk menarik keluar tenteranya Amerika dari negara Arab yang dilanda konflik tersebut.
Agensi berita swasta Turki, Demiroren melaporkan bahawa kereta kebal dan kenderaan berperisai yang dimuatkan ke dalam trak-trak pengangkut telahpun dihantar ke wilayah Hatay yang terletak di selatan negara anggota NATO itu pada hari Sabtu. -PRESS TV
12 Januari 2019 - 19:14
News ID: 924627
Tentera Turki telah menghantar pasukan tentera tambahan ke wilayah negara tersebut yang bersempadan dengan wilayah Idlib, Syria.