21 Januari 2019 - 18:45
Lebih 250 Warga Palestin Terbunuh Sejak 30 Mac Lepas: PBB

Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengatakan bahawa lebih daripada 250 orang Palestin telah terbunuh di tangan rejim Israel sejak perarakan yang dipanggil sebagai 'The Great March of Return' bermula sejak 30 Mac, 2018.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengatakan bahawa lebih daripada 250 orang Palestin telah terbunuh di tangan rejim Israel sejak perarakan yang dipanggil sebagai 'The Great March of Return' bermula sejak 30 Mac, 2018.

Badan itu turut berkata bahawa mereka yang cedera pula mencecah angka 23,000 orang di dalam perhimpunan yang dianjurkan di sepanjang sempadan antara Gaza dan wilayah yang dikuasai Israel

Badan PBB tersebut berkata dalam laporan yang disiarkan pada hari Isnin bahawa sekurang-kurangnya 254 warga Palestin terbunuh di kawasan pantai Palestin yang dikepung oleh Israel di antara 30 Mac dan 31 Disember. Antara mereka yang terbunuh ialah 44 orang kanak-kanak dan empat wanita.

"Sejak 30 Mac, 2018 iaitu tarikh bermulanya perhimpunan 'The Great March of Return', Jalur Gaza telah menyaksikan peningkatan yang signifikan dalam angka kecederaan di pihak Palestin jika dibandingkan dengan demonstrasi dan kegiatan protes lain di sepanjang sempadan Israel dengan Gaza," kata laporan itu. -Press TV