2 Mac 2019 - 19:02
Kim Hilang Azam Untuk Teruskan Perbincangan Dengan A.S: Pegawai Korea Utara

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dilaporkan tidak lagi berminat untuk membincangkan pelan nyah-nuklear dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump selepas dialog di antara mereka terhenti secara tiba-tiba pada hari Khamis lepas, kata seorang pegawai kanan Pyongyang.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dilaporkan tidak lagi berminat untuk membincangkan pelan nyah-nuklear dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump selepas dialog di antara mereka terhenti secara tiba-tiba pada hari Khamis lepas, kata seorang pegawai kanan Pyongyang.

"Saya mempunyai perasaan bahawa Pengerusi Kim mungkin kehilangan keazamannya (untuk meneruskan) hubungan Korea Utara-A.S," kata Naib Menteri Luar, Choe Son-hui kepada agensi berita Yonhap pada hari Jumaat.

"Saya sedang mempertimbangkan [sejauh mana kita] perlu meneruskan perbincangan (tersebut)," tambahnya, yang mempersoalkan keppentingan meneruskan perbincangan tersebut selepas Trump pada hari Khamis lepas berkata bahawa dia terpaksa meninggalkan Kim di Hanoi. -Press TV