Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendakwa siaran televisyen al-Aqsa milik pergerakan Hamas adalah ‘organisasi pengganas’.
Netanyahu, yang juga merupakan Menteri Pertahanan, ‘menandatangani perintah mengisytiharkan al-Aqsa sebagai organisasi pengganas’.
Keputusan itu dibuat setelah beliau menerima nasihat daripada perkhidmatan keselamatan Israel.
Perkhidmatan keselamatan tersebut mendakwa mendapati Hamas menggunakan siaran televisyen itu untuk merekrut ‘pengganas’ ke dalam pergerakan terbabit. - AFP
6 Mac 2019 - 15:59
News ID: 932014
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendakwa siaran televisyen al-Aqsa milik pergerakan Hamas adalah ‘organisasi pengganas’.