25 April 2019 - 15:16
Pertemuan Majlis Ilmiah Seminar Abu Thalib Dan Rektor Universiti al-Zahra

Beberapa ahli anggota Majlis Ilmiah Seminar Abu Thalib Pendukung Nabi (S.A.A.W) melawat Rektor Universiti al-Zahra, Syed Mohammad Madani Bijestani pada hari Sabtu, 31 April.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Beberapa ahli anggota Majlis Ilmiah Seminar Abu Thalib Pendukung Nabi (S.A.A.W) melawat Rektor Universiti al-Zahra, Syed Mohammad Madani Bijestani pada hari Sabtu, 31 Farvardin.

Lawatan yang berlangsung di ibu pejabat universiti itu turut menyaksikan kehadiran, Dr. Imani, Dr. Motahari, Dr. Zare Mohaghegh Khoramizzi dan Jafari Farahani.

Pada awal pertemuan ini, Dr. Alireza Imani Moghadam, Timbalan Pengarah Urusan Kebudayaan Majlis Perhimpunan Ahlul-Bait Sedunia mengucapkan selamat kepada para hadirin berikutan kehadiran bulan Sya'ban yang mulia di sisi Islam.

Beliau kemudiannya memperkenalkan hadirin kepada Seminar Abu Thalib, Pendukung Nabi (S.A.A.W) dengan menyatakan matlamat pembentukan seminar, pembentukan majlis dan jawatankuasa ilmiah dari pelbagai aspek.

Beliau selepas itu mengemukakan laporan berhubung mesyuarat majlis ilmiah dengan para peserta seminar dan ulama tersohor seperti Ayatollah Suci Safi Golpayegani, Makarem Shirazi, Nouri Hamedani, Alawi Gorgani, Ayatollah Araky dan Shahrastani. Komen-komen positif daripada pelbagai pihak berkenaan program itu turut dinyatakan kepada hadirin.

Abbas Jafari Farahani yang merupakan Setiausaha Pelaksana Seminar pula melaporkan tentang kegiatan dan kerjasama pelbagai organisasi berbeza seperti Universiti Al-Zahra, Universiti Al-Mustafa dan institusi di dalam menjayakan program tersebut.

Beliau turut berkata bahawa setakat ini banyak tesis dan artikel berkaitan telah dihantar oleh mereka yang berminat kepada pihak jawatankuasa persidangan dan kesemua tulisan itu sedang diselidiki untuk tujuan lanjut.

Beliau menambah dengan berkata bahawa mereka yang berminat memiliki peluang sehingga Mehr 1398 untuk menghantar tulisan mereka kepada pihak terbabut. Menurutnya, terdapat sekitar 20 judul buku yang menanti untuk diteliti, bagi tujuan yang sama. Kami mengadakan pertemuan di pelbagai bandar seperti Mashhad dan lain-lain, tambahnya.

Di penghujung pertemuan itu, Madani Bejestani memetik pengalaman beliau ketika berada di UAE dalam rangka membantu proses penerbitan buku berhubung keimanan Abu Talib yang ditulis oleh seorang penulis Mesir.

Menurut beliau buku itu telahpun dikirim kepada Pemimpin Tertinggi Iran yang kemudiannya memberikan pengiktirafan sewajarnya terhadap penulisan itu. -ABNA24