Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Revolusi Islam Ayatollah Seyyed Ali Khamenei memberi amaran bahawa pihak musuh telah memulakan langkah perang terhadap Iran di pelbagai bidang sekaligus menyeru bangsa Iran untuk bersiap-siap dalam menghadapi mereka secara total.
Ayatollah Khamenei bercakap sedemikian ketika berucap di hadapan sekumpulan guru pada malam Hari Guru Kebangsaan di Tehran pada hari Rabu.
Para musuh, telah berada dalam "posisi perang" dan mereka terlibat dalam beberapa tindakan pencerobohan terhadap Iran di pelbagai bidang, termasuk dalam politik, ekonomi dan perisikan, tambah beliau.
Ayatollah Khamenei berkata para musuh tidak kelihatan berada dalam posisi untuk memulakan tindakan ketenteraan secara langsung ke atas Iran, "namun, angkatan bersenjata mereka sentiasa mengawasi kita."
Dalam menghadapi gerakan seperti itu, semua warga Iran dan golongan elit perlu bersama-sama bersedia untuk menghadapi para musuh dan berusaha melawan mereka, kata Ayatollah Khamenei.
"A.S dan Zionis (Israel) telahpun merancang dan bertindak [secara bermusuhan ke atas Iran] dalam semua bidang. Tingkah laku itu sememangnya, tidak terbatas kepada pentadbiran semasa Amerika Syarikat. Pentadbiran sebelumnya turut mengambil langkah yang sama sambil memakai sarung tangan baldu (untuk menutup kejahatan mereka)," kata pemimpin itu.
Ayatollah Khamenei menegaskan kepada hadirin berhubung kempen bermusuhan oleh pentadbiran A.S yang ke atas Iran dan beliau berkata Presiden Donald Trump telah memudahkan kerja-kerja Tehran apabila bertindak "melucutkan sarung tangan (baldu) itu tadi."
Pemimpin itu walau bagaimanapun memberi jaminan kepada massa bahawa plot yang dirancang oleh para musuh itu akan hanya membawa kesan yang akan merugikan mereka sendiri di sebalik propaganda meluas mereka yang bertujuan untuk mengelirukan pandangan umum.
"Anak-anak muda kita pasti akan berpeluang untuk menyaksikan kejatuhan Amerika Syarikat dan Zionisme serta melihat kemuliaan dan keagungan bangsa Iran," kata pemimpin itu lagi.
Di tempat lain, beliau turut menegaskan tentang motif sebenar Agenda Pendidikan 2030 - yang bertujuan mencorakkan matlamat pembangunan bagi negara-negara dunia - serta "desakan tegas" pihak luar ke atas Iran untuk mendasarkan sistem pendidikannya supaya selari dengan dokumen yang dipimpin oleh PBB tersebut.
Agenda 2030 menetapkan bahawa kanak-kanak harus diajar tentang falsafah kehidupan berdasarkan nilai-nilai Barat, kata Ayatollah Khamenei.
Iran menandatangani dokumen itu pada 2016. Akan tetapi, mereka secara tegas telah memaklumkan UNESCO bahawa sebahagian daripada agenda itu yang didapati bertentangan dengan piawaian kebudayaan, agama, sosial dan moral negara Iran tidak akan dilaksanakan.
1 Mei 2019 - 14:05
News ID: 939163
Pemimpin Revolusi Islam Ayatollah Seyyed Ali Khamenei memberi amaran bahawa pihak musuh telah memulakan langkah perang terhadap Iran di pelbagai bidang sekaligus menyeru bangsa Iran untuk bersiap-siap dalam menghadapi mereka secara total.