Seminar Antarabangsa
Hadhrat Abu Thalib (a.s) pendukung Nabi Besar (s.a.a.w)
عن أئمّة أهل البیت(ع) أن النّبی(ص) قال: "أنا و کافِل الیتیم کهاتین في الجنّة" یعنی أباطالب، لأنّه کفّله.
Jemputan ilmiah
Hadhrat Abu Thalib bin Abdul Muthallib (a.s) yang merupakan pakcik kepada Rasul Mulia (s.a.a.w) serta bapa kepada Amirul Mu'minin (a.s) adalah pendukung (pelindung) terbesar Nabi dan agama Islam di zaman awal perutusan Baginda (s.a.a.w). Sejarah hidup beliau yang dipenuhi dengan kisah inspirasi, pengorbanan dan keikhlasan hanya dapat ditandingi oleh sedikit individu sahaja di dunia ini. Selain daripada hakikat bahawa beliau adalah pemegang kunci Ka'bah, pelindung golongan lemah, pembantu kaum miskin, beliau lebih dikenali berikutan pengorbanan dan kegigihannya membantu Nabi (s.a.a.w) di jalan kenabian yang penuh dengan cabaran dan ranjau.
Malangnya, di sebalik semua hakikat ini, keperibadian Abu Thalib (a.s) tertutp di bawah debu tohmat, kelalaian dan kealpaan akibat daripada hasad dengki yang ditunjukkan oleh musuh Ahlul Bait (a.s). Pelbagai kajian terpisah telah dilakukan sepanjang sejarah berhubung isu keimanan Abu Thalib (a.s). Akan tetapi, sedikit sekali usaha dilihat untuk mengkaji aspek etika, perjuangan sosial dan penguasaan ilmu sastera yang terpancar daripada syakhsiah Abu Thalib (a.s)
Hingga saat ini juga, belum ada mana-mana seminar umum dan signifikan yang telah dianjurkan oleh sebarang pihak dalam usaha untuk mengumpul dan menerbitkan artikel ilmiah yang telah ditulis oleh para cendekiawan dari seluruh pelusuk dunia berhubung perkara di atas.
Perhimpunan Ahlul Bait (a.s) Antarabangsa sebagai sebuah NGO antarabangsa yang berusaha mengembangkan mesej Al-Qur'an dan Ahlul Bait serta membantu usaha intelektual dan kebudayaan para pengikut Ahlul Bait (a.s) di seluruh dunia dengan kerjasama institusi berkaitan akan menganjurkan Seminar Antarabangsa Hadhrat Abu Thalib (a.s) pendukung Nabi Besar (s.a.a.w).
Sehubungan perkara ini, seluruh ilmuwan ilmu sejarah, akidah, kalam, bibliografi, kesusasteraan Arab dan lain-lain dijemput untuk menulis dan menghantar makalah ilmiah mereka yang terkait dengan salah satu daripada empat topik umum yang dinyatakan di bawah (serta apa sahaja topik yang terangkumi oleh tajuk seminar). Dengan penyertaan para cendekiawan, diharapkan seminar ini mampu menamatkan kezaliman sejarah ke atas keperibadian Abu Thalib (a.s).
A) Sejarah
1. Nasab dan keluarga Nabi Abu Talib (a.s)
2. Abu Talib (a.s) sebelum perutusan Nabi (s.a.a.w)
3. Perjalanan perdagangan Abu Thalib (a.s)
4. Abu Talib (a.s) penjagaan Nabi (s.a.a.w) oleh beliau; sebab dan faktor
5. Abu Talib (a.s) dan perlindungan beliau ke atas Nabi (s.a.a.w):
- Zaman kanak-kanak Nabi (s.a.a.w)
- Zaman Nubuwwah
6. Abu Talib (a.s) dan perkahwinan Nabi (s.a.a.w)
7. Kritikan ke atas laporan sejarah Abu Talib (a.s) yang sedia ada
8. Abu Thalibi bukan Alawi pada:
- Zaman Nabi
- Zaman Alawi
- Peristiwa Ashura
- Masa Dinasti Umayyah
- Zaman Dinasti Abbasiyah
9. Abu Talib (a.s) dari perspektif pelbagai pihak:
- Ahlul Bait (a.s) (Nabi dan para Imam)
- Mazhab Syiah
- Mazhab Sunni
- Orientalis
10. Peranan Bani Umayyah dan Abbasiyah dalam menghancurkan keperibadian Abu Thalib (a.s)
11. Peranan keluarga Zubairi dalam memusnahkan citra Abu Thalib (a.s)
12. Peranan Abu Thalib (a.s) dalam peristiwa sejarah Islam
13. Keislaman Abu Thalib (a.s)
14. Sanad berkaitan tinggalan Abu Thalib (a.s)
15. Analisis sejarah puisi Abu Thalib (a.s)
16. Sejarah sosial Abu Thalib (a.s)
17. Iktibar untuk masyarakat hari ini daripada kehidupan Abu Thalib (a.s)
B : Kalam dan Akidah
1. Kajian asas keimanan Abu Thalib (a.s)
2. Kajian ke atas syubhah para pembangkang (ke aats keimanan Abu Thalib) dan lengkap kepada mereka
3. Sokongan dan perlindungan Abu Thalib (a.s) ke atas Nabi (s.a.a.w)
4. Kajian ke atas hujah Abu Thalib (a.s) di pelbagai kesempatan ketika mendukung Islam dan Nabi (s.a.a.w)
6. Falsafah tindakan Abu Talib (a.s) merahsiakan keimanan sendiri berasaskan kata-kata beliau sendiri dan peribadi lain
7. Semakan ke atas hadis berhubung kekafiran Abu Thalib (a.s) dari aspek sanad dan teks
8. Semakan ke atas kata-kata para sahabat dan para tabiin berhubung keimanan Abu Thalib (a.s)
C: Puisi dan Sastera
* Topik bahasa
1. Kajian linguistik puisi dan kesusasteraan Abu Thalib (a.s)
2. Kajian linguistik ke atas puisi Abu Thalib (a.s)
3. Kajian linguistik ka atas pidato dan wasiat Abu Thalib (a.s)
4. Gaya bahasa puisi Abu Thalib (a.s)
5. Gaya bina teks dalam puisi dan kesusasteraan Abu Thalib (a.s)
7. Menyemak dan mengkritik terjemahan puisi dan prosa oleh Abu Thalib (a.s)
8. Analisis dan komposisi puisi Hadhrat Abu Thalib (a.s)
9. Analisis dan komposisi pidato dan tulisan-tulisan Abu Thalib (a.s)
* Subjek kesusasteran
10. Pengaruh sastera Abu Thalib (a.s) ke atas para penyair dan puisi mereka
11. Teknik dan objektif puisi Abu Thalib (a.s)
12. Meneliti aspek retorik dan sastera di dalam puisi Abu Thalib (a.s)
13. Menyiasat isu retorik di dalam pidato dan wasiat beliau
14. Imej khayalan (Ilustrasi) dalam puisi Abu Thalib (a.s)
15. Pembuktian dengan puisi Abu Talib (a.s) untuk proses penafsiran dan penjelasan kosa kata al-Quran
* Topik isi kandungan
16. Iman dan akidah di dalam puisi Abu Thalib (a.s)
17. Iman dan akidah di dalam pidato dan wasiat Abu Thalib (a.s)
18. Nabi Muhammad (s.a.a.w) di dalam puisi Abu Thalib (a.s)
19. Nabi Muhammad (s.a.a.w) di dalam pidato dan wasiat Abu Thalib (a.s)
* Hazrat Abu Thalib (a.s) dalam puisi dan sastera
20. Abu Thalib (a.s) dalam puisi dan sastera Parsi
21. Abu Thalib (a.s) dalam puisi dan kesusasteraan Arab
22. Abu Thalib (a.s) dalam puisi dan kesusateraan bahasa lain (Urdu, Turki, Inggeris, Perancis, Jerman, dll.)
23. Puisi dan prosa Abu Thalib daripada perspektif pelbagai pihak
D: Para penulis dan cendekiawan
* Topik bibliografi
1. Bibliografi Abu Thalib (a.s) (Sejarah kerja-kerja penyelidikan ke atas Abu Thalib)
2. Bibliografi deskriptif Abu Thalib (a.s)
3. Tipologi karya-karya yang ditulis berhubung Abu Thalib (a.s)
4. Tipologi Diwan Abu Thalib (a.s)
5. Tafsiran dan terjemahan Diwan Abu Thalib
6. Cerita dan puisi Abu Thalib (a.s)
7. Kisah dan perihal sekitar pidato serta tulisan-tulisan Abu Thalib (a.s)
8. Menyemak dan mengkaji semula naskah puisi Abu Thalib (a.s)
* Topik Penulis
9. Biografi mereka yang pernah menulis tentang Abu Thalib (a.s) (atau penyusun tulisan itu)
10. Perihal wisaqah dan kedhaifan para rijal yang percaya kepada keimanan atau kekufuran Abu Thalib (a.s)
Komunikasi dengan sekretariat seminar
Alamat: Qom, Permulaan Boulevard Republik Islam,
Perhimpunan Ahlul Bait (a.s) Sedunia, Tingkat Ketiga
Poskod: 3716686411
Telefon: 32131417-025 Faks: 32131350-025
Laman Sesawang: www.abutalib-conf.ir
E-mel: abutalib.conf@gmail.com
Tarikh akhir penghantaran:
Abstrak: 30 Dey, 1397
Artikel Penuh: 31 Farvardin, 1398
