Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo meneruskan usaha beliau untuk menyebarkan perpecahan di antara Iran dan Iraq ketika mengadakan lawatan mengejut ke negara Arab tersebut.
Ahli politik berhaluan kanan Amerika Syarikat itu membuat kunjungan mengejut ke ibukota Baghdad pada hari Selasa, untuk membincangkan apa yang disifatkan sebagai "tawaran pakej bekalan tenaga yang dapat mengeluarkan mereka (Iraq) daripada (ketergantungan terhadap industri janakuasa) tenaga Iran."
Bekas pengarah CIA itu turut mendakwa bahawa di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump, Amerika Syarikat mengambil berat terhadap sebarang isu yang terkait dengan kedaulatan Iraq itu sendiri.
"Secara amnya perkara ini telah menjadi polisi kami sejak strategi keselamatan negara dibentangkan pada awal pentadbiran (Presiden) Trump," katanya kepada pemberita sebelum berangkat bertemu dengan Perdana Menteri Iraq, Adel Abdul Mahdi. "Saya mahu pergi ke Baghdad untuk berbicara dengan pasukan kepimpinan di sana dalam rangka meyakinkan mereka bahawa kami bersedia untuk terus memastikan bahawa Iraq kekal sebagai sebuah negara yang berdaulat lagi merdeka," tambah Pompeo.
Pompeo juga berkata bahawa perbincangan di antara delegasi beliau dan pihak pentadbiran Iraq juga akan menyentuh perihal "keadaan keselamatan di sana, keadaan pasukan yang kita miliki di Iraq, memastikan kita akan terus memberi sokongan kepada pasukan keselamatan Iraq, ISF dan melatih mereka supaya mencapai tahap profesionalisme yang tinggi sekaligus memberi kepimpinan baru di Iraq boleh kebolehan mengawal situasi keselamatan di dalam negara (mereka)."
Lawatan Pompeo dibuat sehari selepas penasihat keselamatan negara Rumah Putih, John Bolton berkata bahawa armada yang diketuai oleh kapal pengangkut pesawat A.S telah menuju ke Timur Tengah untuk mengelakkan apa yang mengawal oleh pentadbiran Trump sebagai ancaman jelas daripada Iran.
Tentera Amerika Syarikat pada hari ini mengatakan bahawa pasukan tambahan yang akan dihantar ke Timur Tengah akan turut merangkumi pengebom beberapa buah B-52. Menurut beberapa pegawai A.S, akan ada empat buah pesawat B-52 yang akan menyertai kumpulan angkatan tambahan ke rantau tersebut.
Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif telah mengecam cara Bolton untuk membuat pengumuman tersebut. -Press TV
8 Mei 2019 - 15:29
News ID: 940208
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo meneruskan usaha beliau untuk menyebarkan perpecahan di antara Iran dan Iraq ketika mengadakan lawatan mengejut ke negara Arab tersebut.