Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bahrain semalam memanggil pulang dutanya ke Iraq selepas penunjuk perasaan menyerbu kedutaannya di Baghdad sebagai membantah penganjuran bengkel ekonomi palestin yang diadakan oleh Amerika Syarikat (AS).
Al Jazeera melaporkan, kira-kira 200 penunjuk perasaan membakar bendera Israel sambil mengangkat bendera Iraq dan Palestin di luar kedutaan Bahrain.
Perkara itu disahkan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Bahrain, selain mengutuk tunjuk perasaan yang diadakan di Bahgdad. - AGENSI
28 Jun 2019 - 17:52
News ID: 955702
Bahrain semalam memanggil pulang dutanya ke Iraq selepas penunjuk perasaan menyerbu kedutaannya di Baghdad sebagai membantah penganjuran bengkel ekonomi palestin yang diadakan oleh Amerika Syarikat (AS).