Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh manakala 89 lagi cedera selepas kumpulan Taliban menyerang ibu pejabat polis di bandar ini, hari ini.
Jurucakap Taliban, Qari Yousuf Ahmadi berkata, serangan itu bermula dengan letupan kereta sebelum sekumpulan lelaki bersenjata menyerang ibu pejabat polis.
Sementara itu, menurut ketua polis, Tadin Khan, letupan kereta itu disusuli dengan dua lagi letupan.
“Pertempuran telah berakhir. Beberapa kenderaan hangus terbakar. Tentera Afghanistan dan helikopter Amerika Syarikat (AS) meronda kawasan terbabit,” kata Tadin kepada AFP. - AFP
19 Julai 2019 - 17:24
News ID: 962551
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh manakala 89 lagi cedera selepas kumpulan Taliban menyerang ibu pejabat polis di bandar ini, hari ini.