Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemikiran Bani Umayyah merupakan gagasan pemikiran berbahaya yang masih dihup di kalangan umat Islam hingga hari ini, ucap Ustaz Nasrul Khazaie.
Penceramah itu berkata demikian ketika berucap di hadapan para hadirin yang menyertai program Asyura di Husseiniya az-Zahra, Kedah. Hari Asyura adalah hari kesepuluh Muharram yang dikenang oleh umat Islam dalam rangka menghidupkan citra Imam Hussein yang terbunuh di Karbala.
Menurutnya, Nabi s.a.w berdukacita apabila bermimpi bahawa mimbar baginda akan dicemari oleh individu dari kalangan Bani Umayyah yang bersifat seperti monyet.
"Mimbar adalah hak Nabi, bukan manusia jahat," katanya sambil membawa hadis yang bermaksud "Tidaklah kami jadikan mimpi yang kami perlihatkan melainkan fitnah untuk manusia dan pokok terkutuk."
"Pohon terkutuk" yang merupakan sebuah istilah al-Quran telah ditafsirkan oleh para mufassir ahlussunnah sebagai Bani Umayyah, ujar beliau.
Antara pemikiran Bani Umayyah yang disebutnya adalah sikap keras mereka terhadap keluarga Nabi s.a.w serta pencinta mereka. Menurut Ustaz Nasrul, sikap itu pada hari ini masih diwarisi oleh beberapa kumpulan yang melancarkan keganasan dengan mengatasnamakan Islam.
"Muslim Bin Aqil dilempar dari atap bangunan oleh tentera Ubaidillah bin Ziyad. Sekarang dalam rusuhan di Mesir, golongan Salafi melempar manusia hidup dari atas bangunan," ujarnya sebagai contoh.
"Penyembelihan Muslim pertama dilakukan ke atas sahabat Nabi bernama Amru bin Hamiq oleh para tentera Bani Umayyah. Mereka juga dengan kejam menyembelih Imam Husain a.s. Pada hari ini, kita pula dikejutkan dengan penyembelihan manusia hidup-hidup oleh pengganas yang memiliki aliran yang sama dengan Bani Umayyah di pelbagai pelusuk dunia," tambahnya.
Menurut beliau, umat Islam harus meniru sifat Imam Hussein yang bersabar dan istiqamah dan tidak mencari jalan pintas dalam menghadapi kejahatan musuh khusunya mereka yang memiliki gagasan Bani Umayyah. -ABNA24
11 September 2019 - 14:55
News ID: 974866
Pemikiran Bani Umayyah merupakan gagasan pemikiran berbahaya yang masih dihup di kalangan umat Islam hingga hari ini, ucap Ustaz Nasrul Khazaie.