Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Yaman dan sekutunya berjaya menembak jatuh dron keempat yang dioperasikan oleh tentera pakatan pimpinan Riyadh dalam masa seminggu.
Biro media Gerakan Ansarullah melaporkan perkara itu dengan menukilkan sumber tentera yang tidak dinamakan. Menurut laporan, pasukan pertahanan udara negara Arab itu berkaya menembak jatuh dron tersebut ketika kenderaan itu diperasikan di Jabal al-Alam, Jizan pada hari Sabtu.
Laporan itu turut menyatakan bahawa pesawat tanpa pemandu itu dengan menggunakan peluru berpandu ketika sedang menajalankan operasi ketenteraan di kawasan tersebut.
Pasukan yang sama sebelum ini berjaya menembak jatuh dron pakatan pimpinan Arab Saudi di Jahfan, Jizan pada hari Jumaat.
Perkembangan itu berlaku dua hari selepas jurucakap Tentera Yaman, Brigedier Jeneral Yahya Saree menulis di dalam laman twitter-nya bahawa negara tersebut berjaya menembak jatuh dua buah dron di dua wilayah berbeza.
Arab Saudi bersama-sama sekutunya memulakan kempen berdarah mereka ke atas Yaman pada Mac 2015 dalam rangka mengembalikan kuasa kepada sekutu mereka, Abd Rabbuh Mansur yang merupakan mantan presiden Yaman. -Press TV
7 Disember 2019 - 18:24
News ID: 992036
Tentera Yaman dan sekutunya berjaya menembak jatuh dron keempat yang dioperasikan oleh tentera pakatan pimpinan Riyadh dalam masa seminggu.