Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Mejar Jeneral Qassem Soleimani, pemerintah Pasukan Pengawal Quds Revolusi Islam Iran (IRGC) dan Abu Mahdi al-Muhandis, Naib Pengerusi Unit Militia (PMU) Iraq dilaporkan terbunuh di dalam sebuah serangan udara Amerika Syarikat di ibu kota Iraq, Baghdad.
IRGC pada pagi Jumaat mengumumkan bahawa Mejar Jeneral Soleimani dan al-Muhandis telah mereguk syahadah di dalam serangan yang dilancarkan oleh tentera A.S.
Kumpulan pro-kerajaan Iraq juga telah mengesahkan insiden tersebut.
"Timbalan ketua PMU, Abu Mahdi al-Muhandis dan ketua Pasukan Quds, Qasem Soleimani telah terbunuh dalam serangan A.S yang menyasarjan kenderaan mereka di jalan Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad," katanya dalam satu kenyataan pada hari Jumaat.
"Amerika dan Israel bertanggungjawab dalam pembunuhan Abu Mahdi al-Muhandis dan Qassem Soleimani," kata Ahmed al-Assadi, jurucakap PMU.
Kumpulan itu sebelum ini mengatakan bahawa pengarah perhubungan awamnya Mohammed Reza al-Jaberi dan empat orang anggota PMU selepas tiga roket Katyusha menghentam pangkalan tentera yang terletak di sebelah Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad di ibu kota Iraq. -Press TV
3 Januari 2020 - 16:33
News ID: 998886
Mejar Jeneral Qassem Soleimani, pemerintah Pasukan Pengawal Quds Revolusi Islam Iran (IRGC) dan Abu Mahdi al-Muhandis, Naib Pengerusi Unit Militia (PMU) Iraq dilaporkan terbunuh di dalam sebuah serangan udara Amerika Syarikat di ibu kota Iraq, Baghdad.