3 Januari 2020 - 17:23
Ayatullah Khamenei Namakan Pemerintah Baru Pasukan Quds

Pemimpin Revolusi Islam Ayatullah Seyed Ali Khamenei melantik Esmail Qaani sebagai pemerintah baru Pasukan Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Sayap Quds berikutan pembunuhan Mejar Jeneral Qassem Soleimani di tangan A.S.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Revolusi Islam Ayatullah Seyed Ali Khamenei melantik Esmail Qaani sebagai pemerintah baru Pasukan Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Sayap Quds berikutan pembunuhan Mejar Jeneral Qassem Soleimani di tangan A.S.

"Berikutan kematian syahid Qasem Soleimani, saya menamakan Brigadier Jeneral Esmail Qaani sebagai komander baru Pasukan Quds yang merupakan sayap Pengawal Revolusi Islam," kata pemimpin itu dalam kenyataan yang disiarkan di laman web rasminya.

Dalam kenyataan itu, Pemimpin menyifatkan Jeneral Qaani sebagai salah seorang komander IRGC yang paling menonjol semasa perang rejim Saddam ke atas Iran yang berlarutan selama lapan tahun. -Press TV