Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Sabtu

11 Januari 2020

7:22:08 PTG
1001450

Seorang aktivis politik Amerika berkata, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump turut bertanggungjawab ke atas insiden yang menimpa pesawat Ukraine di luar Tehran.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang aktivis politik Amerika berkata, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump turut bertanggungjawab ke atas insiden yang menimpa pesawat Ukraine di luar Tehran.

Menurutnya, insiden itu berlaku selepas Trump secara mendadak meningkatkan ketegangan di rantau ini dengan mengarahkan pembunuhan Leftenan Jeneral Iran, Qassem Soleimani di Iraq.

Medea Benjamin, pengasas bersama Code Pink -kumpulan anti-perang- menulis di Twitter menyifatkan insiden sebagai adalah "kerugian bersama yang tragis."

"Tentera Iran mengatakan merkea berada di tahap kesiagaan tertinggi di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat dengan A.S dan dalam kekeliruan, mereka secara tidak sengaja telah menembak jatuh pesawat itu," kata Benjamin.

"Trump perlu menanggung kesalahan, apa pendapat anda? Kerugian bersama yang tragis akibat daripada pembunuhan Soleimani," katanya.

Presiden Trump pada Jumaat minggu lepas mengarahkan serangan dron ke atas Ketua Pasukan Quds Iran, Qassem Soleimani yang melawat Iraq di atas undangan kerajaan Baghdad.

Serangan itu juga meragut nyawa Naib Ketua Gerakan Mobilisasi Popular Iraq, Abu Mahdi al-Muhandis dan sejumlah pengiring mereka.

Iran kemudiannya melancarkan serangan peluru berpandu ke atas dua pangkalan Amerika di Iraq sebagai respon terhadap jenayah perang A.S yang membunuh pegawai kanan tentera mereka.

Rentetan serangan balas itu, Iran mendapati aktiviti tentera A.S di kawasan serantau meingkat secara mendadak sekaligus memaksa mereka untuk meletakkan sistem pertahanan udara mereka di tahap tertinggi. -Agensi