Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

17 Januari 2020

7:24:09 PTG
1003146

Riyadh Bayar USD 500 Juta Untuk Biaya Tentera A.S Di Negara Itu

Arab Saudi dilaporkan telah membayar USD 500 juta kepada Washington untuk membiayai kos tentera Amerika Syarikat yang beroperasi di negara Arab tersebut, kata seorang pegawai A.S.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Arab Saudi dilaporkan telah membayar USD 500 juta kepada Washington untuk membiayai kos tentera Amerika Syarikat yang beroperasi di negara Arab tersebut, kata seorang pegawai A.S.

Menurut laporan, pembayaran dibuat pada Disember 2019 lepas.

"Selaras dengan polisi presiden untuk meningkatkan pembahagian beban (operasi) kepada negara sahabat, Jabatan Pertahanan telah menghubungi Arab Saudi berkaitan isu berkongsi kos penempatan (tentera) yang menyumbang kepada keamanan serantau dan menjauhkan aktiviti kekerasan dan pencerobohan. Pemerintah Arab Saudi telah bersetuju untuk menanggung kos operasi ini dan telah membuat sumbangan pertama mereka," kata Rebecca Rebarich, jurucakap Pentagon.

Minggu lalu, Presiden Donald Trump mendakwa bahawa pentadbiran Riyadh "telah mendepositkan USD 1 bilion di bank (berkaitan)".

"Kami menghantar lebih banyak [tentera] ke Arab Saudi dan Arab Saudi membayar kepada kita untuk perkara itu," kata Trump. "Saya berkata, 'Cuba dengar, negara anda adalah negara yang kaya. Anda mahukan lebih ramai anggota tentera? Saya akan menghantar mereka kepada anda, tetapi anda perlu membayar kepada kami. Merekapun membayar kepada kami. Mereka telah mendeposit USD 1 bilion di bank (berkaitan)."

Para pengkritik, termasuk ahli kongres bebas, Justin Amash membantah tindakan itu sambil menuduh Trump menggunakan tentera Amerika Syarikat sebagai "tentera bayaran". "Dia menjual tentera," tweet Amash.

Bercakap kepada MSNBC, wakil Demokrat Barbara Lee mendakwa Trump mendepositkan wang Arab Saudi dalam akaun bank peribadi beliau dan berkata Presiden Trump telah "menjual tentera kami sebagai tentera upahan kepada pemerintah asing."