Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Rabu

5 Februari 2020

6:18:40 PTG
1008197

Perjanjian Abad Ini Akan Segera Terkubur: Ayatullah Khamenei

Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata bahawa pelan pro-penjajahan milik Presiden Donald Trump yang didakwanya berfungsi untuk mengakhiri konflik Palestin-Israel akan segera terkubur.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata bahawa pelan pro-penjajahan milik Presiden Donald Trump yang didakwanya  berfungsi untuk mengakhiri konflik Palestin-Israel akan segera terkubur.

Ayatullah Khamenei membuat kenyataan itu pada hari Rabu dalam satu majlis ucapan yang dianjurkan di Tehran iaitu seminggu selepas Trump memperkenalkan rancangan kontroversi pentadbirannya yang digelar sebagai "perjanjian abad ini."

Pemimpin itu turut berkata bahawa "Para pegawai A.S dengan selesa percaya bahawa dengan memberikan (pelan) itu nama yang megah, rancangan jahat mereka terhadap negara Palestin akan berkahir dengan kejayaan."

Menurut beliau juga, rancangan "bodoh dan jahat" ini pada hakikatnya telah merugikan Washington sendiri sejak dari awal lagi.  

Pemimpin itu turut menegaskan bahawa plot jahat itu pasti akan menemui "kematian" sebelum kematian Trump itu sendiri sambil menambah bahawa usaha Washington tersebut "pasti akan berakhir dengan kegagalan."

"Para pegawai Amerika Syarikat telah membuat perjanjian dengan Zionis ke atas sesuatu tidak dimiliki mereka (untuk kemudiannya dijadikan bahan pertukaran) . Palestin milik rakyat Palestin dan sebarang keputusan mengenai hal tersebut merupakan hak eksklusif mereka," kata pemimpin itu lagi.

Merujuk kepada Washington dan Tel Aviv, Khamenei berkata, "Siapa kamu membuat keputusan ke atas tanah dan rumah orang lain? Perkara ini menunjukkan kejahatan, sifat licik dan keji kamu."

Ayatullah Khamenei turut menegaskan bahawa skim Trump secara amnya akan merosakkan Washington sendiri dan sama sekali tidak akan menamatkan konflik di Palestin. -Agensi