Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Isnin

24 Februari 2020

6:27:19 PTG
1012958

Tentera Zionis Rosakkan Jenazah Pemuda Palestin Dengan Jentolak

Tentera Zionis Israel pada pagi Ahad, 4 Mac telah menyerang sekumpulan remaja Palestin sekaligus membunuh salah seorang daripada mereka dan mencederakan empat yang lain.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Tentera Zionis Israel pada pagi Ahad, 4 Mac telah menyerang sekumpulan remaja Palestin sekaligus membunuh salah seorang daripada mereka dan mencederakan empat yang lain.

Insiden yang dirakamkan itu menyaksikan pasukan tentera rejim merosakkan jenazah remaja yang terbunuh dengan menggunakan jentolak tentera yang dilindungi oleh kereta kebal Zionis.

Merujuk kepada kekejaman tentera pengganas Zionis, Pergerakan Jihad Islam yang berpusat di Gaza menyifatkan tindakan tentera tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan.

Pergerakan itu turut menegaskan bahawa mereka akan melakukan apa yang perlu dalam menuntut darah pemuda tersebut dan membalas dendam terhadap tindakan tentera rejim yang sebelum ini mengebom Gaza.

Mereka turut menambah dengan berkata bahawa segala usaha pihak musuh dalam melumpuhkan pergerakan 'Muqawwama' juga akan menemui kegagalan.

Pergerakan Hamas juga turut menegaskan bahawa rejim Zionis perlu bertanggungjawab ke atas jenayah kemanusiaan mereka itu dan akan berhadapan dengan pembalasan yang bakal tiba. -ABNA