AhlolBayt News Agency (ABNA)

source : Berita Harian
Isnin

27 Julai 2020

3:40:41 PTG
1058355

Kebakaran, Grafiti Anti-Arab Rosakkan Masjid Tebing Barat

Sebuah masjid yang diduduki Israel di bandar Al-Bireh, dekat Tebing Barat hari ini dibakar dan dirosakkan dengan contengan grafiti berbahasa Ibrani.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Sebuah masjid yang diduduki Israel di bandar Al-Bireh, dekat Tebing Barat hari ini dibakar dan dirosakkan dengan contengan grafiti berbahasa Ibrani.

Rakyat Palestin menyalahkan penduduk Yahudi yang dipercayai bertanggung jawap terhadap kejadian sebelum subuh itu.

Wartawan AFP yang tiba di tempat kejadian mendapati kesan kebakaran itu kelihatan pada pintu masuk masjid dan kawasan tandas, dengan semburan tulisan dalam bahasa Ibrani, menyebut 'Kepung orang Arab, bukan orang Yahudi' dan 'Tanah Israel untuk kami'.

Kata mereka, kerosakannya hanya kecil dan tiada jemaah yang cedera.

Kejadian itu disifatkan serangan berunsur sentimen jenayah kebencian yang bermotifkan nasionalis Yahudi yang kebiasaannya menyasarkan harta benda orang Palestin atau Arab.

"Penduduk dikejutkan dengan kebakaran di masjid dan bergegas memadamkannya pada tengah malam semalam," kata Datuk Bandar Al-Bireh, Azzam Ismail kepada AFP, sambil menyalahkan tindakan itu didalangi penduduk Israel.

Menjelangnya mesyuarat kabinet mingguan Palestin, Perdana Menteri, Mohammed Shtayyeh, berkata serangan itu sebagai 'tindakan perkauman' dan kerajaan Israel bertanggungjawab di atas 'peningkatan keganasan penduduknya'.

Menteri Ekonomi Israel, Amir Peretz, dari parti Buruh berhaluan kiri, menggesa penjenayah dan pembenci yang membakar masjid untuk dibawa ke muka pengadilan.

"Virus yang dibenci seperti COVID-19, adalah musuh bersama semua agama dan umat di dunia," tulisnya di Twitter.

"Sama seperti semua memerangi COVID-19, kita harus bekerjasama untuk membasmi virus kebencian," katanya.

Sebanyak 450,000 orang Israel tinggal di perkampungan Tebing Barat yang dianggap tidak sah oleh masyarakat antarabangsa, di samping dihuni lebih 2.8 juta penduduk Palestin. - AFP