Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24.com
Rabu

23 Disember 2020

7:04:33 PG
1098666

AS ancam beberapa negara yang ingin membantu pembangunan Syria

Faisal Al-Miqdad dedah ancaman Amerika terhadap negara yang ingin membantu pembangunan Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Menteri Luar Negeri Syria, Faisal Al-Miqdad mendedahkan, beberapa negara yang ingin membantu pembinaan semula negaranya merasa takut dengan ancaman Amerika Syarikat (A.S), pada hari Khamis.

Beliau menambah tidak sedikit negara yang menyatakan hasrat mereka untuk menyumbang kepada pembangunan semula Syria, dan banyak negara-negara ini telah mengalami ancaman Amerika yang mencegah mereka dari mengambil bahagian dalam pembangunan semula.

Miqdad berkata demikian dalam sidang media bersama dengan rakan sejawatannya dari Rusia di Moscow:

"Jumlah negara yang menginginkan bantuan pembangunan tidaklah sedikit, dan negara-negara ini menyedari bahawa pembinaan semula di Syria adalah manfaat bagi semua negara di wilayah dan dunia."

Beliau mengisyarat bahawa "ada banyak negara yang secara langsung diancam oleh Amerika Serikat."

Mengenai persidangan antarabangsa tentang kembalinya pelarian Syria ke negara mereka, yang diadakan di Damsyik, menteri menjelaskan "ada fobia Barat mencegah negara-negara di dunia dari menyertai persidangan antarabangsa yang diadakan di Damsyik ketika kembali pelarian Syria ke tanah air mereka."