Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24.com
Sabtu

23 Januari 2021

4:20:40 PTG
1108462

Bagaimana Ali (AS) menghadapi isu eksploitasi agama?

Untuk menyelesaikan masalah ini, Ali mengajak orang ramai untuk berbicara dan tidak berdiam diri, supaya pemerintah dicegah dari tindakan atas nama agama secara tidak wajar.

Salah satu keperihatinan Imam Ali (a.s) adalah penggunaan agama sebagai alat. Beliau amat yakin bahawa sekumpulan dalam masyarakat Islam akan berpegang teguh pada agama demi mencapai cita-cita mereka, dengan cara yang tidak akan membangkitkan sensitiviti masyarakat dan mencetus suara protes mereka. Justeru itu, beliau berusaha menghadapi sebarang penyalahgunaan agama.

Dalam kesinambungan ilmu patologi, penyalahgunaan agama dalam masyarakat Islam, agama menjadi alat dan bukan sebagai tujuan. Dalam Al-Quran, tujuan dan matlamat disebut untuk amalan dan tradisi agama; Bahkan pengutusan nabi telah digunakan untuk melaksanakan kesaksamaan di kalangan masyarakat. Berkenaan solat yang menjadi ibadah tertinggi, "mengingati Tuhan" dan "larangan kekejian dan kemungkaran" telah dinyatakan sebagai matlamat, atau berkenaan puasa, "mencapai ketakwaan" telah dinyatakan sebagai falsafahnya.

Pandangan umum Al-Qur'an adalah syariat insan mendekatkan manusia dengan hakikat Ilahi. Sekiranya kita mengatakan agama adalah alat, kita tidak menghina agama; Ini disebabkan agama adalah salah satu alat berbicara, yang telah diberikan kepada manusia untuk tujuan suci dan bukan lah alat sia-sia yang kita anggap setara hubungannya dengan keadilan dan penindasan.

Alat seperti itu memiliki keupayaan dan kemampuan untuk melawan diri sendiri. Sebagai contoh, di dunia sekarang ini, secara zahirnya sistem monarki kian luntur warna kegemilangannya dan tidak diterima oleh rakyat, tetapi demokrasi pula dapat diterima; Dalam sistem seperti itu, kuasa mesti diperoleh melalui kotak undi, dan hari ini hampir mustahil dapat memerintah tanpa pemilihan seperti itu. Oleh yang demikian rejim diktator menggunakan kotak undi ini untuk melawan tujuan utama, yang merupakan pemerintahan rakyat, dan meneutralkan undi rakyat.

Alat yang paling kuat berada di kalangan manusia adalah kekuatan kepercayaan. Bertrand Russell, ketika menghitung jenis kekuatan, tatkala berkaitan dengan kekuatan agama dan kepercayaan, secara eksplisit beliau mengakui bahawa kekuatan ini lebih kuat dari semua jenis lain. Oleh itu, seseorang yang mencapai kekuasaan dalam masyarakat beragama tidak boleh mengabaikan alat ini, samada ia beriman atau tidak dengan pegangan agama.

Menurut patologi penggunaan agama dalam masyarakat Islam, salah satu alat sangat berpengaruh di kalangan masyarakat sehingga tidak ada faktor luaran yang dapat menghancurkannya adalah agama.

Will Durant mengatakan bahawa agama mempunyai ratusan nyawa, sehingga ia akan bangkit dari tempat lain jika menghadapi penghapusan; Oleh itu, faktor luaran tidak dapat menghancurkan agama, dan hanya ada satu cara untuk meneutralkan agama, dan itu adalah menggunakannya sebagai alat.

Merujuk lagi kepada kata-kata Ali (a.s) tentang agama menjadi malapetaka dan bahaya, beliau berusaha menangani. Sebagai contoh, Mu’awiyah tidak mampu meninggalkan komitmen dalam menganuti agama Islam. Kelakuan sedemikian rupa menyebabkan tuduhan ateis ke atasnya tidak dapat diterima oleh masyarakat, walaupun Ali (a.s) telah mengatakan Mu’awiyah hanya menyembunyikan kekafiran, tidak ada sedetikpun ia beriman tetapi datang untuk menghancurkan agama.

Watak ini disinambung oleh Bani Umayyah, Bani Abbasiyah, dan lain-lain dalam situasi di mana orang tidak dapat melihat kebenaran agama itu. Ketika kriteria untuk menilai sebahagian orang di masyarakat adalah "mimpi" dan "fatamorgana", maka apa yang dimiliki pembeli adalah jualan kata-kata yang tidak perlu dibuktikan.

Ali (a.s) menerima scammer agama sebagai fakta. Beliau mengajak masyarakat untuk bercakap dan tidak diam untuk menyelesaikan masalah ini; Ali (a.s), sebagai penguasa Islam juga dapat diajukan soalan, demi menjaga imej pemerintah yang bertindak atas nama agama secara tidak wajar, dan walaupun tidak sempurna. Ali (a.s) memberitahu masyarakat agar tidak teragak-agak untuk mengatakan yang hak dan tidak mengatakan bahawa Ali (a.s) mengetahui segalanya sehingga dengan mengatakan ini, semua aura kesucian akan hilang. Ketika beliau menunggang tunggangan, seseorang menghampirinya dengan berjalan kaki, beliau berkata, "Pulanglah, kerana orang berjalan seperti kamu dinisbahkan seperti saya yang menunggang adalah punca fitnah, keangkuhan bagi gabenor dan penghinaan bagi orang yang beriman."

Tindakan dan kata-kata Ali (a.s) ini bertujuan mencegah penampilan seseorang yang ingin menggunakan agama sebagai alat; walaupun beliau tidak dituduh, dan jika semua orang menemaninya dan menyambut ketibaannya, namun itu tidak semua akan mempengaruhi orang lain.

Merujuk kepada salah satu riwayat sejarah dalam buku "بلاغات النساء" yang ditulis pada tahun 204 Hijrah, salah seorang penyair wanita pada zaman Mu'awiyah bernama "Soodeh" membacakan puisi yang kuat di hadapan Mu'awiyah, yang mana Mu'awiyah menjawab, "Ali (a.s) meletakkan keberanian dan kemampuan di mulutmu untuk berbicara seperti ini di hadapan Sultan." Ini disebabkan Ali (a.s) menggabungkan semua kekuatan ini bersama-sama.

Merujuk pada ayat "Dan Kami turunkan dari Al-Quran, dari kesembuhan dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan tidak akan bertambah bagi orang yang zalim kecuali kerugian belaka”. Penawar untuk penggunaan agama sebagai alat bergantung kepada dua isu; Yang pertama adalah umat harus sedar dan memahami sesuatu urusan. Kedua ialah menyingkirkan kesucian palsu yang mengakibatkan kepada eksploitasi agama sebagaimana yang dilakukan oleh Amirul Mukminin (a.s). Kehebat Ali (a.s) adalah dengan berani mengakui bahawa agama telah disalahgunakan, dan beliau menyediakan platform agar salah guna ini menjadi bahan bicara orang ramai.

- Hojjatoleslam Mohammad Soroush Mahallati

Guru Bahsul Kharij, madrasah Ayatullah Golpayghani

--------------

177