AhlolBayt News Agency (ABNA)

source : ABNA24.com
Rabu

24 Mac 2021

4:10:11 PTG
1125994

Abdel Salam;

Kemasukan makanan dan minyak adalah hak tanpa syarat

Ketua Perwakilan Rakyat, Muhammad Abdel Salam menegaskan kemasukan minyak dan makanan ke Yaman adalah hak asasi manusia yang perlu dipenuhi tanpa sebarang syarat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ketua Perwakilan Rakyat, Muhammad Abdel Salam, menegaskan pada hari Rabu, bahawa kemasukan minyak, makanan dan produk perubatan ke negara Yaman adalah hak kemanusiaan yang tiada kompromi.

Abdul Salam mengatakan dalam sebuah status di Twitter, "Kemasukan minyak, makanan, perubatan dan bahan asas adalah hak asasi manusia dan sah untuk rakyat Yaman, dan kami tidak menerima sebarang pertukaran dengan syarat ketenteraan atau politik."

Beliau berkata demikian setelah pakatan perang yang dikepalai Saudi membenarkan kemasukan minyak bagi memujuk Yaman menerima gencatan senjata setelah menerima serangan udara yang dahsyat dalam minggu ini.

Sementara itu pejuang Houthi bertegas, mereka hanya menerima gencatan senjata sekiranya sekatan udara dan laut dicabut.

................