AhlolBayt News Agency (ABNA)

source : ABNA24.com
Jumaat

14 Mei 2021

11:19:35 PTG
1140925

Bin Zayed tawar tentera upahan kepada Netanyahu untuk menyerang Gaza seperti mereka yang berperang di Yaman

Mohammed bin Zayed memberi tawaran tentera upahan kepada Netanyahu seperti yang bertempur di Yaman dengan biaya dana oleh UAE

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Peguam dan pakar undang-undang antarabangsa, Dr. Mahmoud Refaat mendedahkan rahsia tawaran yang dibuat oleh Putera Mahkota Abu Dhabi Mohammed bin Zayed kepada Perdana Menteri penjajah Zionis, Benjamin Netanyahu.

Mahmoud Rifaat mengatakan dalam satu tweet di Twitter, "Mohammed bin Zayed memberi tawaran untuk membekalkan Netanyahu tentera upahan seperti mereka yang bertempur di Yaman dengan pembiayaan dana oleh UAE untuk menyerang Semenanjung Gaza melalui jalan darat."

Hingga kini pasukan musuh, entiti Zionis masih meneruskan serangan biadab mereka di Jalur Gaza untuk hari kelima berturut-turut, sementara jumlah syuhada telah mencapai 119 orang syahid, termasuk 30 kanak-kanak dan 19 wanita.

------------

177