Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) – Para pejang di Gaza dilaporkan mengkaji kembali peralatan perang yang mereka miliki sebagai persiapan dalam meghadapi apa jua situasi sempena Hari Raya Korban akan datang, menurut laporan surat kabar Al-Araby Al-Jadeed, hari ini, Isnin 12/7/2021.
Menurut sumber-sumber tersebut, para pejuang setuju untuk secara beransur-ansur kembali menghadapi Israel jika Mesir sebagai orang tengah tidak berjaya mencari jalan penyelesaian terhadap sekatan yang dikenakan terhadap semenanjung Gaza, setelah persetujuan damai yang mencegah tindakan perang berbanding rundingan.
Kerjaaan penjajah Israel yang diketuai oleh Naftali Bennett menolak untuk kembali ke meja rundungan yang berlaku sebelum 11 Mei yang lalu, setelah campur tangan Mesir, Qatar dan pihak antarabangsa setelah tempoh persetujuan tersebut telah berakhir, dan pihak pejuang akan mencari pilihan lain untuk menangani masalah di Palestin.
Pada tahun 2018, rundingan antara puak-puak di Gaza dan penjajahan Israel mencapai persefahaman, dengan memperuntukkan pengenalan dana untuk keluarga miskin, pelaksanaan projek-projek strategik, menyelesaikan krisis air dan elektrik, melaksanakan projek untuk pekerjaan golongan belia, membangun industri bandar, dan memperluas kawasan perikanan, namun apa yang terlaksana dari kesefahaman ini tidak memenuhi apa yang diperlukan.
Kekecewaan dan kemarahan semakin meningkat di kalangan warga Gaza sebagai akibat dari tingkah laku Israel baru-baru ini, yang menghalang kemasukan barang, dan operasi import dan eksport melalui penyeberangan Kerem Shalom, pelabuhan komersial Gaza, selain menghalang bantuan kewangan Qatar kepada orang miskin, serta gangguan projek pembangunan semula.