AhlolBayt News Agency (ABNA)

source : ABNA24.com
Selasa

3 Ogos 2021

4:01:10 PTG
1166220

Saluran satelit siar agenda pencerobohan Arab Saudi-Emirat di Yaman

UAE sedang bersiap sedia untuk membuka saluran satelit bagi merekrut tentera upahan dan memutihkan rekod kejahatannya

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Beberapa sumber menyatakan saluran satelit baru yang sedang menunggu pelancarannya atas nama "Al-Moghtareb" yang ditujukan khas kepada ekspatriat Yaman dengan tujuan merekrut tentera upahan dan memutihkan rekod kejahatannya.

UAE sedang bersiap sedia untuk membuka saluran satelit bagi merekrut tentera upahan dan memutihkan rekod kejahatannya terhadap orang awam di Yaman.

Portal "Emirates Leaks" mendedahkan saluran satelit baru sedang menunggu pelancaran atas nama "Al-Moghtareb", dengan tujuan untuk merekrut ekspatriat Yaman.

Sumber-sumber tersebut menunjukkan bahawa saluran tersebut disokong dengan dana ahli perniagaan dari UAE dan Arab Saudi, di atas alasan memberi perlindungan, merawat orang Yaman dan menaja aktiviti sokongan demi meraih simpati golongan muda serta mempergunakan khidmat mereka.

Saluran satelit baru itu dikelola oleh wartawan Yaman, Sael bin Rabaa, yang tinggal di Perancis dan terkenal dengan kedudukannya dalam menyokong pakatan Arab Saudi-Emirat dan merupakan salah satu aktivis upahan Abu Dhabi di Eropah.

Menurut sumber tersebut, saluran satelit Al-Moghtareb akan berpusat di ibukota Mesir, Kaherah, dan akan membuka pejabat di ibukota Arab Saudi, Riyadh, kemudian pihak penganjurnya berusaha untuk mendirikan pejabat kemudian di salah satu negara Eropah .

Sumber-sumber itu memberi amaran bahawa saluran satelit tersebut mempunyai agenda mencurigakan yang berkhidmat kepada penceroboh Arab Saudi-Emirat dan menjalankan plot Abu Dhabi di Yaman agar negara itu berpecah, kemudian mengekploitasi sumber alamnya.

Sumber yang sama juga menekankan betapa bahaya saluran tersebut yang merekrut ekspatriat Yaman di Eropah untuk agenda lobi UAE di Eropah dan konspirasi Abu Dhabi untuk menyemai perselisihan di kalangan masyarakat Islam.

Perlu diingatkan, UAE membiayai beberapa media, di antaranya berafiliasi dengan wartawan Yaman, untuk memutihkan imejnya di kalangan rakyat Yaman dan menutup kejahatan mengerikannya selama ini.

-------------------------

177