Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24.com
Sabtu

2 Oktober 2021

7:13:20 PTG
1185171

19 mangsa tembakan polis dalam upacara Arbaeen di Nigeria + Gambar

Lapan orang terbunuh ketika polis Nigeria melepaskan tembakan pada upacara berkabung Arbaeen di kota Abuja.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Upacara berkabung secara damai yang dilangsungkan oleh Syiah Nigeria pada hari ke-40 setelah 10 Muharam di ibu kota Abuja sekali lagi berismbah darah dengan penembakan pasukan polis Nigeria.

Lapan orang Syiah Nigeria terbunuh manakala 11 yang lain cedera dalam serangan itu.

Polis Nigeria juga menahan ramai peserta dalam perarakan berkabung Arbaeen di Abuja, tetapi nasib para tahanan masih belum diketahui.

Beberapa hari kebelakangan ini, Syiah Nigeria telah mengadakan upacara berkabung di bandar-bandar berasingan di negara ini sempena hari Arbaeen.

Pasukan tentera Nigeria berulang kali menyerang tempat Syiah dalam beberapa tahun terakhir, membunuh dan mencederakan ribuan orang Syiah Nigeria.

Sheikh Ibrahim Zakzaki dan isterinya baru-baru ini dibebaskan dari penjara setelah lima tahun setelah penahanan tidak sah oleh pemerintah Nigeria.

.............................