Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : www.bharian.com
Khamis

19 Mei 2022

7:19:12 PTG
1259060

AS sokong sepenuhnya Sweden, Finland sertai NATO

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) memberikan sokongan penuh kepada permohonan Sweden dan Finland untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

AS turut berjanji untuk mempertahankan mereka sekiranya diancam Russia dan akan menekan Turki untuk tidak menghalang penyertaan kedua-dua negara itu.

Beberapa jam selepas kedua-dua negara Eropah Timur itu secara rasmi menyerahkan permohonan mereka untuk menyertai pakatan Atlantik itu, Presiden AS, Joe Biden mengalu-alukan langkah itu.

Beliau turut menjamin akan bekerjasama dengan negara anggota lain dan Kongres AS bagi memastikan proses itu berjalan dengan cepat.