Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : https://www.bharian.com.my/
Isnin

27 Mac 2023

12:56:15 PTG
1354588

Parlimen India kecoh, Speaker dibaling kertas

NEW DELHI: Sidang Parlimen India ditangguhkan, hari ini, berikutan kekecohan tercetus apabila pembangkang membantah keras pelucutan jawatan pemimpin blok itu, Rahul Gandhi sebagai Ahli Parlimen.

Gandhi dilucutkan daripada jawatan Ahli Parlimen, Jumaat lalu, dalam tindakan yang dilihat pengkritik sebagai meningkatkan kebimbangan akan sebarang ancaman 'kuku besi' di negara demokrasi terbesar dunia ini.

Kerajaan nasionalis Hindu pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi, berdepan tuduhan meluas daripada kumpulan hak asasi serta pihak lawan politik yang mendakwa sistem undang-undang telah digunakan untuk 'menyasar dan mendiamkan' pengkritik.

Ahli Parlimen pembangkang daripada Parti Kongres yang dianggotai Gandhi, memakai skarf dan baju hitam ketika menghadiri sidang Parlimen, hari ini. Malah, ada yang dilapor melemparkan kertas ke arah Speaker yang kemudian membuat keputusan untuk menangguhkan sidang itu."Saya mahu mengendalikan Dewan ini secara bermaruah. Prosiding Dewan ditangguhkan hingga jam 4 petang," kata Speaker, Om Birla. Pelucutan jawatan Gandhi menyusul sehari selepas mahkamah di Gujarat - kampung halaman Modi - mensabitkan beliau atas pertuduhan fitnah. Gandhi, 52, didakwa membuat kenyataan yang dilihat berbaur penghinaan terhadap Modi ketika berkempen pada 2019. Beliau dihukum penjara selama dua tahun, Khamis lalu, namun dibebaskan dengan ikat jamin selepas peguamnya memaklumkan akan mengemukakan rayuan. Gandhi adalah keturunan dinasti politik terkenal di India, malah merupakan anak, cucu dan cicit kepada beberapa bekas Perdana Menteri negara ini, bermula dengan pemimpin kemerdekaan, Jawaharlal Nehru. 

342/