Sekatan berkenaan ditarik balik atas arahan Perdana Menteri Iraq, Mohammad Shiya al-Sudani, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik kenyataan kementerian itu.
"Larangan itu ditarik balik selepas syarikat pemilik aplikasi terbabit bersetuju dengan permintaan pihak berkuasa keselamatan untuk mengenal pasti pihak yang membocorkan data rakyat," menurut kenyataan itu.
Katanya, Iraq tidak menentang kebebasan bersuara, namun komitmen syarikat aplikasi media sosial untuk menghormati undang-undang dan keselamatan negara serta data pengguna, adalah penting.
342/