Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : bharian
Sabtu

16 Disember 2023

2:21:53 PTG
1420801

Israel membedil keseluruhan Gaza, tidak peduli bantahan antarabangsa

GAZA: Israel kini sudah mengebom keseluruhan Semenanjung Gaza hingga meragut nyawa penduduk yang berada di rumah di kawasan yang diberi jaminan oleh regim Zionis sendiri sebagai zon bebas perang.

Bedilan diteruskan walaupun Washington dan majoriti masyarakat antarabangsa kini mendesak Israel menghentikan serangan bagi membincangkan bagaimana orang awam boleh dilindungi dengan lebih baik dalam perangnya terhadap Hamas.The New York Times, memetik pegawai Amerika Syarikat (AS) yang tidak dikenali, melaporkan Rumah Putih memberitahu Israel supaya menamatkan kempen serangan darat berskala besar di Gaza menjelang akhir tahun. Menurut laporan sama, tentera Israel disyorkan beralih ke fasa yang lebih bersasar menggunakan pasukan komando elit.Sebaliknya, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, tetap menolak rayuan untuk gencatan senjata walaupun kesan perang kelihatan semakin teruk termasuk bagi pihak tenteranya sendiri. Washington sejak dahulu kerap menyediakan perlindungan diplomatik untuk sekutu lamanya tetapi kini menyatakan kebimbangan yang semakin meningkat, dengan Presiden AS, Joe Biden, menegur Israel kerana mengebom 'secara sembarangan'. Berdasarkan penilaian perisikan AS yang dilaporkan oleh CNN, kira-kira 45 peratus daripada 29,000 bom udara-ke-darat dijatuhkan oleh Israel di Gaza sejak 7 Oktober disifatkan sebagai 'bom bodoh' atau tidak kena pada sasaran.

342/