Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : bharian
Isnin

18 Disember 2023

5:03:42 PTG
1421339

Ketua tentera Israel dakwa 1,000 pejuang Islam ditahan di Gaza

BAITULMAQDIS: Tentera Israel sudah menahan lebih 1,000 orang dalam perang menentang Hamas di Palestin, menurut ketua tentera Israel.

Dalam ucapan kepada anggota tentera di medan perang, Ketua Staf Umum, Mejar Jeneral Herzi Halevi, berkata pejuang berkenaan ditahan selepas 'meletakkan senjata dan mengangkat tangan' sekali gus mengelakkan diri mereka ditembak.

"Kami mendapat banyak maklumat risikan daripada tahanan ini dan kami sudah pun menahan lebih 1,000 orang," katanya dalam rakaman video yang diedarkan tentera Israel.

Komen Halevi itu dikeluarkan sejurus selepas tragedi tiga tebusan warga Israel yang mengibarkan bendera putih dan menjerit minta diselamatkan, maut akibat tentera Israel 'tersilap tembak'. - REUTERS

342/