Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ابنا
Isnin

26 Februari 2024

9:01:56 PG
1440423

Video: Tentera Amerika bakar diri depan kedutaan Israel

Beliau menuangkan cecair yang tidak berwarna ke atas dirinya dan menyalakan dirinya sendiri sambil menjerit: "Bebaskan Palestin!"

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA): Pihak berkuasa Amerika telah mengumumkan bahawa lelaki yang membakar diri di hadapan Kedutaan Zionis Israel di Washington pada petang semalam (Isnin) adalah salah seorang anggota Tentera Udara Amerika yang melakukan tindakan tersebut sebagai protes terhadap perang berdarah di Gaza dan jenayah kejam rejim Zionis Israel.

Jurucakap Pejabat Polis Bandar berkata: Pasukan penyelamat setelah memadamkan api di badan lelaki tersebut, telah menghantar beliau ke hospital terdekat.

Beberapa sumber berita juga melaporkan bahawa beliau telah meninggal dunia di hospital akibat kecederaan yang teruk.

Jurucakap Tentera Udara juga mengesahkan berita tersebut dan menyatakan bahawa beliau adalah salah seorang anggota tentera yang sedang berkhidmat dalam Tentera Udara.

Petang semalam, media melaporkan tentang perbuatan membakar diri lelaki di hadapan Kedutaan Israel di Washington, ibu negara Amerika Syarikat.

New York Times melaporkan lelaki tersebut yang memakai pakaian tentera dengan menyiar video secara langsung di internet menyatakan bahawa beliau tidak akan menjadi sebahagian daripada pembunuhan ini dalam generasi ini.

Lalu, beliau menuangkan cecair yang tidak berwarna ke atas dirinya dan menyalakan dirinya sendiri sambil menjerit: "Bebaskan Palestin!".

Pada masa yang sama, polis tempatan dan agensi perisikan Amerika telah memulakan siasatan ke atas kejadian ini.