Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna24.com
Khamis

12 Mac 2015

3:54:59 PTG
676382

Pertemuan dengan Duta Turki;

ISIS terkeluar dari Islam

ISIS terkeluar dari Islam

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Duta Turki ke Tehran, Riza Hakan Tekin menerima kunjungan Setiausaha Agung Majma Jahani Ahlul Bait (a.s), Hujjatul Islam Akhtari.

Dalam pertemuan ini duta Turki menceritakan beliau sudah lima bula bertugas di Tehran dan berkata kepada Akhtari, "Dalam rangka kerja di Iran ini saya ada banyak tanggung jawab mengadakan pertemuan, saya harap dapat mengenal lebih lanjut dengan pihak tuan serta pertubuhan tuan yang bergiat aktif di Turki.

Mengulas tentang perkembangan politik semasa, beliau berkata, "Malangnya hari ini seluruh dunia umat Islam diselubungi masalah iaitu dibunuh oleh Muslim yang mengaku Islam dan mengucapkan slogan Allahuakbar. Musibah yang dijelmakan oleh IS (Pengganas Negara Islam) ialah gambaran tidak benar mengenai Islam."

Tambah beliau lagi, "Dengan mengamati situasi yang wujud, kegiatan penting seperti yang dianjurkan Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) amatlah penting."

Hakan Tekin menegaskan bahawa kerajaan negara ini meminta kepercayaan dunia Islam dibangunkan dan berkata, "Kami ingin perpaduan sesama umat Islam dikembalikan.

"Sebelum ini saya adalah Pegawai Perhubungan dengan Iraq di Kementerian Luar, saya bersama dengan mantan Menteri Luar, Daud Ouglu pernah bertemu dengan Ayatullah Sistani dan beliau menerima kunjungan kami dalam satu pertemuan yang akrab.

"Begitu juga dalam kunjungan kami ke makam-makam Imam Ali (a.s), Imam Husain (a.s) dan Abbas (a.s), kami benar-benar merasakan perjalanan spiritual," tutur beliau.

Akhtari menerangkan pihak Majma’ amat menghargai hubungan erat Iran dan Turki, “Rakyat dan kerajaan Iran menghormati dan amat menghargai negara jiran serta saudara mereka di Turki. Hubungan kedua-dua negara ini juga amat akrab dan utuh. Kami berharap hubungan ini semakin hari kian meluas semua aspek termasuk politik, ekonomi dan kebudayaan.”

Setiausaha Agung Majma’ Ahlul Bait (a.s) menerangkan musuh-musuh Islam sentiasa berusaha memecah belahkan dan menimbulkan fitnah di dalam masyarakat Islam, “Negara besar, umat Islam Iran dan Turki serta negara-negara Islam mampu menjadi kuasa besar sekiranya bersatu dan memelihara perpaduan.”

“Anda sendiri tahu bahawa Imam Khomeini dan pemimpin tertinggi revolusi Islam Iran sentiasa menekankan perpaduan. Ini disebabkan perpaduan dan kesatuan hati merupakan salah satu kemestian yang logik bagi umat Islam.”

Hujjatul Islam Akhtari meneruskan perbualan dengan menceritakan jenayah-jenayah kejam pengganas IS (Negara Islam) yang menggunakan nama Islam, “Haiwan sendiri pun tidak melakukan perbuatan-perbuatan mereka ini. Pemikiran mereka bukanlah Islam dan mereka tidak ada kaitan dengan Syiah mahupun Ahli Sunnah. IS juga terkeluar dari Islam dan kegiatan mereka melemahkan Islam sedangkan ia tidak ada sebarang kaitan dengan Islam yang gagah.”

Akhtari menerangkan kegiatan yang dijalankan pertubuhan Majma’ Jahani Ahlul Bait (a.s) sejak 26 tahun lalu di seluruh dunia beliau berakata, “Pertubuhan Majma’ menjalankan kegiatan secara bebas di berbagai negara dan secara rasmi menurut format undang-undang tempatan.”

Tambah beliau lagi, “Sekarang terdapat kira-kira 350 yayasan dalam 120 negara berkait rapat dengan Majma’ Jahani Ahlul Bait (a.s) yang secara rasmi berdaftar dan menjalankan kegiatan mengikuti undang-undang negara-negaranya.”

Selain itu, kegiatan Majma’ dalam penyebaran am, berliau berkata, “Dalam perkara ini buku-buku telah diterjemah dan dicetak dalam 55 bahasa di seluruh dunia. Majma’ Ahlul Bait (a.s) juga sentiasa menyertai berbagai persidangan dan pameran kebudayaan serta agama di peringkat antarabangsa.”

Tambah beliau lagi, Agensi Berita Ahlul Bait (a.s) yang dikelolakan pertubuhannya sudah meliputi 22 bahasa dalam melaporkan berita di dalam dunia Islam.

Dalam masa yang sama, Universiti antarabangsa Ahlul Bait (a.s) juga memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan. “Universiti ini berada pada jalan merintis para pelajar asing untuk mengikuti pengajian master dan kedoktoran dalam berbagai jurusan Islam dan undang-undang,” tutur beliau.

Di akhir pertemuan ini, Riza Hakan Tekin menyatakan minatnya untuk melawat kota Qom dan yayasan agama serta ulama, “ Kedutaan Turki di Tehran menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Majma’ Jahani Ahlul Bait (a.s).”