Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Isnin

27 Ogos 2018

3:00:57 PTG
907097

EU Jumpa Kumpulan Penyiasat PBB

Eksekutif Kesatuan Eropah (EU) di sini bakal mengadakan mesyuarat minggu ini bersama kumpulan penulis laporan Myanmar, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengatakan tentera negara itu mempunyai berniat melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap etnik Rohingya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Eksekutif Kesatuan Eropah (EU) di sini bakal mengadakan mesyuarat minggu ini bersama kumpulan penulis laporan Myanmar, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengatakan tentera negara itu mempunyai berniat melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap etnik Rohingya.

“Mereka yang bertanggungjawab terhadap dakwaan pelanggaran hak asasi manusia yang serius dan bercanggah perlu dipertanggungjawabkan,” kata jurucakap Suruhanjaya Eropah.

Katanya, apa juga bentuk tindakan EU perlu dibincangkan dengan negara anggota.

Jurucakap itu berkata, laporan PBB adalah tepat pada masanya kerana keadaan Myanmar masih sangat serius.

EU sudah mengadakan sekatan terhadap Myanmar tetapi tidak mensasarkan ketua komander tentera. Laporan kumpulan penyiasat mendedahkan ketua tentera dan lima jeneral perlu didakwa kerana merancang jenayah berat. - Reuters