Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Sabtu

7 Disember 2019

6:18:59 PTG
992035

A.S Cuba Memburukkan Program Peluru Berpandu Iran: Rusia

Wakil Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata bahawa Amerika Syarikat secara berterusan berusaha untuk memburukkan program peluru berpandu Iran di sebalik kekurangan bukti yang memadai sedangkan Washington sendiri memiliki program yang mencabul perjanjian pengawalan senjata antarabangsa.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Wakil Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata bahawa Amerika Syarikat secara berterusan berusaha untuk memburukkan program peluru berpandu Iran di sebalik kekurangan bukti yang memadai sedangkan Washington sendiri memiliki program yang mencabul perjanjian pengawalan senjata antarabangsa.

Duta Rusia ke PBB, Dmitry Polyanskiy mengalamatkan kenyataan itu kepada Setiausaha Agung badan tersebut, Antonio Guterres di dalam sepucuk surat bertarikh 26 November. Kenyataan itu kemudiannya disampaikan kepada media pada hari Jumaat.

Beliau juga mengingatkan semua pihak bahawa Iran merupakan salah satu penandatangan kepada beberapa mekanisma pengawalan senjata antarabangsa termasuk Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) dan JCPOA. Perjanjian kedua tersebut ditandangani Tehran bersama kumpulan 5+1 yang turut disertai oleh Washington sendiri.

Washington sebelum ini kerap mendakwa bahawa Tehran sedang membangunkan peluru berpandu yang berkeupayaan membawa peledak nuklear di sebalik rekod bersih negara Timur Tengah tersebut di dalam melaksanakan komitmen mereka di bawah JCPOA. -ABNA24