Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Parlimen Jordan telah mengundi mengharamkan import gas asli dari Wilayah Palestin yang diduduki rejim Zionis berikutan bantahan besar-besaran terhadap perjanjian berbilion dolar di antara Amman dan Tel Aviv itu.
"Majoriti telah mengundi untuk menghantar usul segera kepada kerajaan" dalam meminta rang undang-undang yang akan mengharamkan import gas Israel ke Jordan, kata Speaker Dewan Perwakilan, Atef Tarawneh dalam ucapan yang disiar langsung oleh rangkaian televisyen kebangsaan pada hari Ahad.
Teks itu menyatakan bahawa "kerajaan, kementerian, institusi dan syarikat negara dilarang mengimport gas dari Israel."
Rakaman video menunjukkan bahawa majoriti ahli perwakilan di dewan rendah menyokong usul tersebut.
19 Januari 2020 - 17:10
News ID: 1003719
Parlimen Jordan telah mengundi mengharamkan import gas asli dari Wilayah Palestin yang diduduki rejim Zionis berikutan bantahan besar-besaran terhadap perjanjian berbilion dolar di antara Amman dan Tel Aviv itu.