Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Para duta dari 11 negara Eropah memberi amaran kepada rejim Israel bahawa rancangan mereka untuk mengilhakkan Tebing Barat akan memberikan "kesan negatif" terhadap rejim tersebut selain mengingatkan Tel Aviv bahawa tindakan itu juga merupakan sebuah "pelanggaran yang nyata ke atas undang-undang antarabangsa."
Duta dari UK, Jerman, Perancis, Ireland, Belanda, Itali, Sepanyol, Sweden, Belgium, Denmark, Finland serta Kesatuan Eropah (EU) sendiri menyampaikan bantahan rasmi mereka terhadap rancangan tersebut pada hari Khamis, lapor Channel 13 laporan mengatakan.
Bantahan daripada para duta Eropah itu dibuat semasa sidang video mereka dengan wakil Kementerian Luar Israel Bagi Benua Eropah, Anna Azari.
"Kami sangat bimbang dengan salah satu klausa dalam perjanjian pakatan (politik Gantz-Netanyahu) yang (menurut kami telah) membuka jalan kepada proses pengilhakkan beberapa kawasan di Tebing Barat. Pengilhakkan mana-mana kawasan di Tebing Barat merupakan pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa," kata para duta
Bulan lalu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan pesaing utamanya, Benny Gantz, bersetuju untuk memulakan rancangan bagi mengilhakkan sebahagian daripada wilayah Tebing Barat yang diduduki bermula pada 1 Julai sebagai sebahagian daripada kesepakatan mereka untuk menubuhkan kabinet pakatan pada masa hadapan.
Suasana politik Israel pada waktu ini berada di dalam keadaan yang tidak stabil memandangkan beberapa pilihanraya telah dianjurkan tanpa sebarang parti sama ada dari blok Netanyahu dan Gantz berjaya meraih majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan sekaligus memaksa kedua-dua pihak berunding bagi meneroka kemungkinan untuk membentuk kerajaan pakatan. -Press TV
1 Mei 2020 - 16:41
News ID: 1032175
Para duta dari 11 negara Eropah memberi amaran kepada rejim Israel bahawa rancangan mereka untuk mengilhakkan Tebing Barat akan memberikan "kesan negatif" terhadap rejim tersebut selain mengingatkan Tel Aviv bahawa tindakan itu juga merupakan sebuah "pelanggaran yang nyata ke atas undang-undang antarabangsa."