Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Parti Likud pimpinan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah menyerahkan usul kepada Knesset -parlimen rejim tersebut- untuk merampas lebih banyak wilayah Palestin.
Anggota parlimen, May Golan dari parti Likud telah menyerahkan dokumen itu kepada parlimen rejim Israel pada hari Ahad.
Tindakan agresif parti Likud dalam merampas lebih banyak tanah Palestin dilihat semakin menjadi-jadi semenjak Presiden A.S, Donald Trump mengusulkan pelan damai baharu Timur Tengah yang dinamakan sebagai "Perjanjian Abad Ini."
Usul rang undang-undang itu menegaskan perihal "kedaulatan" Israel ke atas wilayah Palestin di Lembah Jordan, wilayah Laut Mati utara dan Tebing Barat yang diduduki, lapor Pusat Maklumat Palestin pada hari Isnin.
"Ini adalah wilayah yang merupakan aset politik, keamanan dan ekonomi serta dalam masa yang sama menempatkan ribuan warga Zionis Israel dan peneroka sebenar Yahudi yang merupakan elemen penting dalam kewujudan" Israel di sana, kata Golan.
Netanyahu, dalam beberapa kesempatan, telah menekankan bahawa dia akan memulakan rancangan untuk merampas lebih banyak wilayah di Tebing Barat pada 1 Julai, berdasarkan pelan "Kesepatakan Abad Ini" anjuran Trump. -Press TV
4 Mei 2020 - 16:42
News ID: 1033486
Parti Likud pimpinan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah menyerahkan usul kepada Knesset -parlimen rejim tersebut- untuk merampas lebih banyak wilayah Palestin.