5 Mei 2020 - 18:07
Palestin Lanjutkan Darurat Di Tebing Barat

Presiden Palestin, Mahmud Abbas, semalam mengumumkan lanjutan perintah berkurung berikutan COVID-19 di Tebing Barat selama sebulan lagi dengan beberapa kelonggaran akan diperkenalkan.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Presiden Palestin, Mahmud Abbas, semalam mengumumkan lanjutan perintah berkurung berikutan COVID-19 di Tebing Barat selama sebulan lagi dengan beberapa kelonggaran akan diperkenalkan.

Tempoh darurat yang bermula sejak 22 Mac lalu itu kini dijangka berakhir selewat-lewatnya pada 5 Jun depan.

Bagaimanapun, pergerakan membabitkan penempatan Israel di Palestin akan dilonggarkan termasuk langkah membenarkan semula operasi kedai dan perniagaan lain.

Selain itu, lanjutan tempoh darurat dengan pelbagai sekatan ditarik balik itu, tidak membabitkan Semenanjung Gaza yang ditadbir oleh Hamas.

Setakat ini, terdapat 345 kes positif COVID-19 dilaporkan di kawasan dihuni penduduk Israel di Tebing Barat, dengan dua kematian direkodkan.

Di Israel, lebih 15,000 kes COVID-19 dicatatkan dan ia menimbulkan kebimbangan kepada kerajaan Palestin memandangkan lebih 10,000 rakyatnya bekerja di negara itu.

Mereka mungkin akan menjadi punca pertambahan kes baharu, lebih-lebih lagi dengan ketibaan Aidilfitri hujung bulan ini. - AFP