22 Jun 2020 - 16:30
Warga Syria Halang Konvoi Tentera AS Dengan Batu

Puluhan warga awam di wilayah Hasakah yang terletak di timur laut Syria telah menyekat jalan, melemparkan batu ke konvoi tentera AS dan memaksa pasukan itu meninggalkan kawasan tersebut dalam protes ke atas kehadiran tentera berkaitan.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Puluhan warga awam di wilayah Hasakah yang terletak di timur laut Syria telah menyekat jalan, melemparkan batu ke konvoi tentera AS dan memaksa pasukan itu meninggalkan kawasan tersebut dalam protes ke atas kehadiran tentera berkaitan.

Agensi berita rasmi Syria, SANA melaporkan bahawa konvoi AS berhadapan dengan penduduk pekan Faris Kabir yang terletak di daerah Qamishli pada hari Isnin pagi ketika pasukan itu cuba untuk merentasi wilayah tersebut.

Menurut laporan. majoriti penduduk di pekan tersebut terdiri daripada etnik Kurdis.

SANA turut melaporkan bahawa sekumpulan penduduk tempatan telah melemparkan batu ke arah tentera tersebut sehingga mereka terpaksa "berpatah balik ke tempat asalnya."

Menurut laporan yang sama, tiada sebarang kecederaan direkodkan di dalam pertembungan tersebut.

Sebuah video yang diterbitkan di YouTube menunjukkan beberapa kenderaan tentera Amerika Syarikat yang mengibarkan bendera negara Barat itu berhenti di jalan yang tidak berturap ketika sekumpulan lelaki dan kanak-kanak menghampiri mereka.

AS setakat ini tidak mengeluarkan sebarang komen berhubung insiden tersebut.

Pentagon meletakkan tenteranya di Syria tanpa restu kerajaan sah di Damsyik mahupun mandat PBB. AS mendakwa bahawa tenteranya berada di Syria untuk memerangi saki baki kumpulan pengganas Takfiri Daesh.

Dakwaan itu walaubagaimanapun disangkal oleh Syria yang mahu tentera tersebut segera meninggalkan tanah air mereka. -Press TV