Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Sebuah kumpulan pemantau konflik di Syria berkata bahawa pesawat yang tidak dikenali telah membedil kedudukan tentera negara Arab tersebut di sebuah kawasan yang terletak berhampiran sempadan Iraq sekaligus membunuh enam orang termasuk empat warga Syria.
Kumpulan pemantau Syria berhubung isu hak asasi manusia yang berpangkalan di Britain berkata bahawa serangan udara yang dipercayai telah dilancarkan oleh tentera rejim Zionis Israel menyasarkan berhampiran Pekan Al-Abbas yang terletak di daerah Al-Bukamal pada hari Sabtu.
Kumpulan pemantauan tidak menjelaskan rincian lanjut berhubung serangan selepas menamakan Israel sebagai pihak yang berkemungkinan dalam melancarkan serangan tersebut.
Pada hari Jumaat lepas, kumpulan itu turut berkata bahawa Israel telah melancarkan serangan ke atas beberapa lokasi di negara Syria pada awal minggu lalu. -Press TV
28 Jun 2020 - 16:43
News ID: 1051069
Sebuah kumpulan pemantau konflik di Syria berkata bahawa pesawat yang tidak dikenali telah membedil kedudukan tentera negara Arab tersebut di sebuah kawasan yang terletak berhampiran sempadan Iraq sekaligus membunuh enam orang termasuk empat warga Syria.