342/
5 November 2023 - 18:18
News ID: 1408860
BAITULMAQDIS: Seorang menteri Israel digantung daripada mesyuarat kerajaan sehingga diberitahu kelak, selepas mencadangkan dalam temu bual menggugurkan bom nuklear ke atas Gaza, menurut pejabat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.
Komen Menteri Warisan, Amichay Eliyahu yang menyokong tindak balas ketenteraan yang sengit terhadap serangan Hamas pada 7 Oktober walaupun mengorbankan nyawa tebusan yang dipercayai ditahan di Gaza juga mendapat teguran daripada keluarga tawanan. Eliyahu, ahli politik ultranasionalis sebahagian daripada gabungan pemerintah Netnayahu, memberitahu radio Kol Barama Israel bahawa dia tidak berpuas hati sepenuhnya dengan skala tindakan balas Israel di wilayah Palestin selepas pejuang Hamas melakukan serangan maut mereka di selatan Israel. Serangan tentera Israel di Gaza sejak 7 Oktober sudah membunuh 9,488 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas.