14 Julai 2015 - 06:04
Peringatan Hari al-Quds Sedunia berhampiran Israel

Peringatan Hari al-Quds Sedunia yang penuh gilang gemilang bertempat di Maroun al-Ras, 1 kilometer dari negara haram Israel.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, peringatan Hari al-Quds Sedunia kali ini mengambil tempat yang lebih hampir dengan Israel di Lubnan.

Peringatan anjuran Hizbullah ini mengambil tempat di Maroun al-Ras kira-kira 1 kilometer berhampiran dengan sempadan Lubnan dan negara haram tersebut.

Antara yang hadir dalam peringatan ini ialah Sayid Nawaf al-Musawi, wakil Hizbullah di Parlimen. Bendera Palestin kelihatan berkibar berhampiran bendera Lubnan dan Hizbullah ketika beliau ucapan para pemimpin masyarakat berkumandang.

Selain itu, beratus-ratus aktivis politik, masyarakat dan agama, termasuk keluarga syuhada serta anggota masyarakat turut menghadiri peringatan ini sambil membawa bendera Palestin dan tulisan dalam bahasa Ibrani "Kami datang".

Maroun al-Ras merupakan kawasan strategik yang merupakan tempat bermulanya kempen serangan Israel terhadap Lubnan dalam peperangan 33 hari antara Jun dan Julai tahun 2006. Namun serangan ini berjaya dipatahkan dengan penantangan yang hebat dari mujahidin Hizbullah yang bertempat di kampung-kampung kecil. Kawasan ini terletak kira-kira 120 kilometer dari ibukota Beirut dan menuju ke 14 kota kecil negara haram Israel.

..........