25 November 2015 - 02:04
Derma untuk Syria lebih afdhal dari ibadah haji dan umrah!

Kumpulan penentang kempen anti keganasan menganjurkan kutipan derma yang didakwa kononnya lebih afdhal dari ibadah haji dan umrah

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Sambil mengutuk operasi mencegah keganasan, sebuah organisasi telah menyiarkan poster kempen derma untuk Syria dengan memuatkan slogan Yusof al-Qaradhawi bahawa kononnya sumbangan dana untuk Syria lebih utama dari ibadah haji dan umrah, di sebuah laman sosial.

Slogan tersebut muncul walaupun sebelum ini gerakan Wahabi mencanangkan fitnah kononnya Syiah Imamiyyah menganggap Karbala lebih utama dari Kaabah. Kini tuduhan Wahabi tersebut terkena pada diri mereka sendiri apabila mengangungkan derma untuk Syria melebihi fadilat ibadah haji dan umrah.

Dengan mengolah kata-kata dan menyiarkan gambar mayat, golongan tersebut cuba menarik simpati masyarakat untuk menghulurkan bantuan berupa dana dan menanam kebencian terhadap usaha mencegah keganasan.

Poster tersebut turut dikongsi di akaun Facebook seorang pendakwah terkenal di Malaysia yang menyokong pemberontak di Syria.

Segelintir rakyat Malaysia yang terpengaruh dengan dakyah Wahabi cuba mengusahakan sokongan untuk pemberontakan di Syria meskipun mufti Kelantan sebelum ini mengistiharkan pemberontakan di Syria adalah memerangi umat Islam dan terkorban di sana bukan mati syahid.

Selain itu, ramai yang masih belum sedar bahawa kempen anti Bashar al-Assad juga turut mendapat sokongan penuh presiden Israel Benjamin Netanyahu.