5 Disember 2015 - 09:57
Moral punca utama masalah dalam masyarakat

Ayatullah Jawadi Amuli meminta pelajaran akhlak dijadikan tatapan penuntut ilmu di hawzah dan universiti

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ayatullah al-Uzma Jawadi Amuli berkata, "Kehilangan akhlak, punca utama masalah dalam masyarakat, dan kita
memikul tanggung jawab untuk memindahkan makrifat Ahlul Bait (a.s) kepada masyarakat."

Marja' taqlid ini menambah, "Malangnya, kita tidak menyaksikan output yang baik dikalangan masyarakat yang puncanya itu berasal dari akhlak."

Ayatullah Jawadi menegaskan, "Akhlak merupakan satu akar umbi ilmu yang mendalam, yang mana topiknya ialah mengenal jiwa manusia supaya dari jalan ini
insan mampu merawat rohnya, menjamin kebersihan dan menyelamatkan dirinya dari kejahatan dosa."

Beliau turut meminta karya ilmiah berkenaan akhlak diwujudkan untuk tatapan para penuntut di hawzah ilmiah dan universiti.

"Adalah menjadi sebuah kelaziman untuk menjadikan akhlak sebagai kekuatan pemikiran dalam ilmu dan semangat, selain menjadikan tumpuan akal boleh
sebagai sebuah kekuatan yang serius, ini disebabkan pertumbuhan tidak akan mendapat kesan tanpa dua dimensi ini."