13 Januari 2016 - 14:28
Yaman nafi pakatan Saudi tawan Jebel Hilan

Yaman menegaskan kawasan terbabit masih berada dalam tawanan tentera dan pasukan relawan rakyat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Tentera Yaman menafikan dakwaan presiden buangan Mansur Hadi bahawa pakatan kempen keganasan ke atas Yaman yang dikepalai Arab Saudi telah menguasai Jebel Hilan selepas pertempuran sengit di Jizan.

Selain itu, Yaman menegaskan kawasan terbabit masih berada dalam tawanan tenteranya dan pasukan relawan rakyat.

Sementera itu jet pejuang Saudi dilaporkan melancarkan beberapa siri serangan ke aras daerah al-Hadida, Dhamar dan Sana'a.

Dua tentera rejim Saudi dilaporkan terbunuh dalam satu pertempuran di dalam kawasan Saudi.