13 Februari 2016 - 15:22
Revolusi Islam singkir 80 ribu ejen Amerika dari Iran

Revolusi Islam Iran berjaya melumpuhkan gerakan ejen Amerika dalam melaksanakan agendanya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Setiausaha Agung Majma' Ahlul Bait (a.s), Ayatullah Muhammad Hasan Akhtari menceritakan antara pencapaian besar revolusi Islam Iran ialah mengusir 80 ribu penasihat Amerika dari negara ini. Selain itu, beberapa kes penangkapan anggota marin Amerika yang menceroboh ke dalam perairan Iran menunjukkan betapa cemerlangnya Republik Islam ini di mata masyarakat antarabangsa.

Beliau berkata demikian sehari sebelum khutbah Jumaat dan mengisyaratkan pencapaian ini sebagai hakikat revolusi Islam.

Tambah beliau lagi, penyingkiran ejen-ejen Amerika setelah kemenangan revolusi itu juga menyebabkan agenda politik Amerika menjadi kucar kacir dan hasrat mereka tidak berkesampaian.

Beliau turut memetik kata-kata bekas presiden Amerika Ronald Reagan bahawa penyingkiran para penasihat Amerika itu adalah penghinaan yang jelas terhadap Amerika dan Akhtari menegaskan peristiwa ini berulang lagi dalam kes penangkapan marin Amerika.

Mengulas tentang perarakan besar yang disertai jutaan warga Iran dalam ulangtahun revolusi Islam Iran pada hari Khamis lalu, beliau menyatakan kesyukuran kepada Allah dan berkata rakyat Iran sudah sedar manakala musuh sedang menderita, golongan tertindas pula mendapat pembelaan dan masa depan Islam tampak kian bersinar.

Beliau turut memuji pemerintah Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam, al-Marhum Ayatullah Khomeini yang disifatnya sebagai karismatik dalam kejayaan menggulingkan rejim Shah, hasil dari mukjizat al-Qur'an dan kelebihan iman terhadap Allah (s.w.t).