KLANG 8 Mac - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak mahu institusi masjid di negeri ini dijadikan tempat untuk menyebarkan fitnah dan berita tidak tepat serta bersifat menghasut sehingga ke tahap membenci seseorang atau memboikot sesuatu.
Baginda bertitah, masjid sebaliknya adalah tempat beribadat, belajar dan berbincang mengenai ilmu agama bagi meningkatkan lagi tahap keimanan dan kualiti dalam ibadat.
Baginda bertitah demikian dalam istiadat pengurniaan watikah pelantikan kepada 827 orang imam melibatkan masjid negeri, masjid daerah, masjid diraja, masjid naik taraf, masjid istana dan masjid kariah di Istana Alam Shah di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.