4 April 2016 - 17:11
Arab Saudi mohon rundungan rahsia dengan Yaman

Arab Saudi meminta rundingan rahsia dengan Yaman setelah mengalami kekalahan yang parah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Seorang komander Senior gerakan Ansarullah mendedahkan permintaan Riyadh untuk rundingan rahsia dengan mereka pada hari Isnin lalu setelah pakatan ganas yang dikepalainya setelah beberapa daerah Arab Saudi jatuh ke tangan Yaman.

Kekalahan parah yang diterima Saudi dan sekutunya mendesak Riyadh mengadakan perbincangan rahsia tersebut, kata komander tersebut kepada Farsnews.

Beliau juga menolak kenyataan palsu Pemangku Putera Mahkota Saudi dan Menteri Pertahanan Mohammad bin Salman mengenai kehadiran deligasi Ansarullah di Riyadh, dan berkata, "Khabar angin ini menunjukkan kelemahan, kekalahan dan kegagalan mereka."

Selain itu, komander Ansarullah tersebut juga menolak laporan media pro Arab mengenai penarikan balik tentera Yaman dari kedudukan mereka dan berkata, "Pasukan sukarela telah mencapai prestasi besar dalam berbagai penglibatan di Yaman."

Dalam perkembangan berkaitan pada 19 Mac, seorang pemimpin Ansarullah berkata sistem kehakiman Yaman memiliki dokumen dan bukti yang menunjukkan penglibatan presiden buruan Mansour Hadi dalam pembunuhan penduduk Yaman secara besar-besaran.

"Badan kehakiman Yaman mempunyai beberapa dokumen yang membuktikan Mansour Hadi terlibat dalam memimpin perang dan membentuk kumpulan pengganas yang telah membunuh orang awam yang tidak bersalah," kata Ali Abdulmajid, anggota Andarullah.